Pusat Informasi - Kursus Liberty Reserve Sebagai Platform Jana Duit

Kami di MalFastGroup menawarkan kursus menjana pendapatan menggunakan Liberty Reserve yang pastinya masih ramai yang tidak tahu memanfaatkan LR sebagai medium atau platform buat duit.

Apa Itu HYIP? [PART 1 - Pengenalan Kepada HYIP]

Wednesday, December 12, 2012

HYIP atau High Yield Investment Programme atau Program Pelaburan Pulangan Tinggi merupakan program pelaburan yang tumbuh dan berkembang pesat terutama di internet. Perkembangan HYIP di internet sendiri baru dirasakan sekitar tahun 2003 - 2004 dan mulai tahun 2005 telah berkembang pesat dan ada juga orang Malaysia yang menganjurkan program sebegini.

Banyak juga HYIP yang waktu ini dibuat dengan tujuan untuk menipu terutama kepada mereka yang belum faham tentang risiko dan bahayanya pelaburan di HYIP.

HYIP banyak yang menerapkan “Ponzi Scheme” iaitu sistem dimana orang yang menyertai program awal memperolehi profit dari orang yang masuk kemudian, dan apabila sudah tidak ada yang menyertai atau yang menyertainya berkurangan, maka program tersebut akan ditutup (scam). Kebanyakan HYIP menggunakan matawang internet (e-currency/e-money) seperti Liberty Reserve, e-gold, e-wallet, asia-wallet dan lain-lain. Ada juga di antaranya menggunakan e-point, Pindahan Bank atau “Bank-Wire”.

Setelah kejatuhan E-Gold, Liberty Reserve merupakan e-currency yang paling banyak digunakan waktu ini untuk melabur di HYIP. Jenis-jenis HYIP Ada bermacam-macam plan & profit yang ditawarkan oleh HYIP dari sekecil 0.1% sehari sehingga 1000% sehari atau lebih lagi. HYIP yang membayar 5% sehari ke atas kebiasanya adalah skim ponzi, paling lama bertahan 2-3 bulan.

Ada HYIP yang membayar secara harian, mingguan, bulanan dan ada juga yang membayar setiap jam, minit atau saat. HYIP yang bayarannya setiap jam, minit atau saat juga dibuat untuk tujuan menipu yang biasanya ditutup dalam waktu sesingkat 1 - 4 minggu!!. Ada 3 cara pembayaran bonus untuk program HYIP iaitu :

1. Manual - Pembayaran akan hanya dilakukan oleh penganjur (admin) HYIP dalam masa 1 - 48 jam selepas anda “request withdrawal” pembayaran atau profit yang telah matang.

2. Instant - Pembayaran akan terus diterima secara automatik selepas anda “request withdrawal” pembayaran atau profit yang telah matang.

3. Automatik - Pembayaran akan terus diterima secara automatik tanpa perlu anda membuat “request withdrawal” terlebih dahulu.

Ke mana HYIP Melaburkan Wang Kita? Banyak program HYIP yang mengaku mereka melaburkan wang pelabur ke pasaran saham, indeks, opsyen, emas dan forex. Ini mungkin saja benar kalau mereka menawarkan profit yang kecil kepada pelabur (kebiasaannya di bawah 3% sehari). Khusus untuk HYIP yang mengaku mereka melaburkan wang pelabur di forex memang profitnya boleh sahaja lumayan jika untung tapi jika rugi juga lumayan kecuali adminnya sudah berpengalaman di bidang forex.

Jadi jika ada HYIP yang mengaku mereka melaburkan wang pelabur di pasaran saham, indeks, opsyen lalu menawarkan keuntungan di atas 3% sehari, besar kemungkinan itu cuma “Ponzi Scheme”. Banyak juga admin HYIP yang melaburkan wang pelabur di program HYIP lain yang tentunya menawarkan profit yang lebih tinggi, jadi wang pelabur berputar di sekitar situ saja. Hal ini juga dilakukan oleh HYIP tempatan (Malaysia), jadi bila program yang mereka laburkan wang ditutup, maka mereka juga akan terpaksa tutup juga.

Tetapi banyak HYIP yang dibuat dari hari pertama dengan tujuan menipu, jadi wang pelabur tidak dilaburkan ke mana-mana, biasanya yang begini mempunyai target kalau sudah mencapai jumlah tertentu akan ditutup (scam) sendiri. Ada juga yang melaburkan wang pelabur ke sektor sebenar seperti pengeluaran produk, industri perumahan, hartanah dan lain-lain lagi tetapi profit yang akan dijana agak kecil.... (bersambung ke Part 2)

Apa Itu HYIP? [PART 2 - Jenis-Jenis HYIP Yang Ada]

 

0 comments:

Post a Comment