Pusat Informasi - Kursus Liberty Reserve Sebagai Platform Jana Duit

Kami di MalFastGroup menawarkan kursus menjana pendapatan menggunakan Liberty Reserve yang pastinya masih ramai yang tidak tahu memanfaatkan LR sebagai medium atau platform buat duit.

Apa Itu HYIP? [PART 4 - Peraturan Yang Perlu Ikut Dalam HYIP]

Saturday, December 15, 2012



Peraturan Yang Perlu Anda Ikuti Dalam HYIP Supaya anda boleh memperolehi keuntungan atau meminimakan risiko kerugian melabur di HYIP, ada peraturan yang perlu anda ikuti :

1. Jangan re-invest atau menambah pelaburan anda terus menerus sebelum anda BEP (Break Even Point) atau balik modal. Anda harus mempunyai target berapa yang harus anda laburkan, selepas itu anda berhenti dan menikmati keuntungan. Dari keuntungan yang ada setelah anda balik modal terserah anda ingin melaburkan kembali atau melabur ke HYIP lainnya.

2. Jangan sesekali menggunakan kemudahan “compounding” yang ada pada program HYIP, kecuali sudah balik modal. Jangan laburkan kembali keuntungan yang anda perolehi tetapi keluarkanlah semaksima mungkin.

3. Laburkan wang yang tidak terpakai atau wang yang anda rela untuk hilang kerana setiap pelaburan ada risikonya dan HYIP juga demikian. Bezanya HYIP tergolong pelaburan yang HIGH PROFIT dan HIGH RISK di mana risiko untuk anda mendapatkan keuntungan yang tinggi anda harus fikirkan apakah sepadan atau tidak dengan risiko yang anda tanggung bila tiba-tiba HYIP tersebut tidak bayar anda.

4. Target keuntungan anda dan jangan tamak. Memang banyak HYIP yang menawarkan keuntungan yang lumayan dan ketika anda melabur kebetulan anda untung yang membuatkan anda tamak untuk mendapatkan “lebih” lagi. Nasihat saya jangan sekali-kali anda tergoda dengan meminjam wang, menjual barang atau memakai wang lebih dari 10% dari jumlah yang anda ada untuk melabur di HYIP kecuali anda sudah berpengalaman. Sekali lagi saya ingatkan pelaburan ini berisiko tinggi. Target pelaburan anda contohnya anda cuma melabur maksima RM5,000 di beberapa program HYIP dan jika sudah balik modal, dari keuntungan yang diperolehi baru anda laburkan semula.

5. “Diversified” atau seperti kata pepatah popular “Jangan Letak Telur Dalam Satu Bakul”. Semua di dunia ini tidak ada yang kekal apatah lagi program pelaburan seperti HYIP yang perniagaannya berlandaskan atas kepercayaan. Anda percaya anda melabur, jika ragu-ragu sebaiknya jangan melabur.

6. Jangan melaburkan wang ke dalam HYIP apapun lebih dari RM30,000 sebelum anda yakin bahawa HYIP tersebut mempunyai rekod membayar pelaburnya yang melabur besar, kerana ada HYIP yang tidak membayar pelaburnya yang melabur besar tetapi membayar yang melabur kecil (puluh atau ratus saja) supaya rating mereka kelihatan nampak baik.

Sesiapa yang memperolehi keuntungan di HYIP dan hidup dari pelaburan HYIP pasti mengikuti langkah-langkah di atas kerana ini sudah merupakan Peraturan Wajib yang harus diikuti. (bersambung ke part 5)

Apa Itu HYIP? [PART 5 - Kesalahan Player HYIP]

Apa Itu HYIP? [PART 3 - Kriteria Memilih HYIP]

Friday, December 14, 2012



HYIP ini sekurang-kurangnya harus memenuhi 6 dari 9 kriteria di bawah ini :

1. HYIP seharusnya sudah beroperasi sekurang-kurangnya lebih dari 30 - 60 hari, jangan melaburkan wang anda ke program HYIP yang kurang dari 30 hari (1 bulan). Kecuali anda mahu strategi hit & run

2. HYIP seharusnya jarang bermasalah pembayaran, jarang lewat atau HYIP yang ratingnya bagus di mata pelabur selama waktu beroperasi. Ini anda boleh selidiki di user rating atau di forum-forum

3. Keuntungan yang ditawarkan seharusnya munasabah (1% - 5% sehari), jika lebih tinggi dari itu pastinya tidak akan bertahan lama, mungkin sekitar minggu atau bulan.

4. Laman web program jarang bermasalah atau jarang down. Jika laman web selalu down atau bermasalah akan menyukarkan bagi pelabur untuk mengeluarkan wang apabila sistem pembayaran HYIP manual atau instant dan biasanya akan cepat tutup (scam)

5. Plan Pelaburan tidak berubah atau ada penambahan plan pelaburan baru dalam jangkamasa belum 1 tahun HYIP beroperasi. Biasanya HYIP yang menawarkan plan pelaburan baru dengan profit lebih tinggi dari plan pelaburan lama maksudnya sudah mahu ditutup dan kalau yang menawarkan penurunan profit maksudnya HYIP sedang mengalami kekangan dana.

6. Pelaburan minimanya di atas $1 atau setidaknya $5. Secara logik $1 tidak sesuai untuk modal pelaburan.

7. Laman web sebaiknya mempunyai sekuriti seperti DDOS protection, SSL 128 bit dan lain-lain lagi. HYIP yang mempunyai sekuriti sedemikian boleh bertahan dari serangan “hackers” dan menunjukkan mereka serius kerana mereka mengeluarkan modal besar untuk membeli program perlindungan laman web tersebut.

8. Laman web tidak dibuat menggunakan script pasaran yang banyak dijual oleh penjual script. Anda pasti boleh membezakan jika anda sudah lama menceburi bidang HYIP.

9. Pilih HYIP yang banyak memasang iklan (banner) di laman web lain kerana maksudnya mereka telah mengeluarkan modal besar yang menunjukkan mereka serius.

(bersambung ke part ke 4)

Apa Itu HYIP? [PART 4 - Peraturan Yang Perlu Ikut Dalam HYIP]

Apa Itu HYIP? [PART 2 - Jenis-Jenis HYIP Yang Ada]

Thursday, December 13, 2012


Apa Itu HYIP? [PART 1 - Pengenalan Kepada HYIP]

Kesimpulan : HYIP terbahagi kepada beberapa jenis :

1. Scammer - Program ini hanya mengumpulkan dana saja dan memberikan pembayaran pada pelabur sebagai rangsangan untuk pelaburan yang lebih besar. Bila dana pelaburan telah cukup besar dikumpul dan mencapai target, program akan ditutup (scam).

2. Penganjur HYIP Melakukan Perdagangan Forex Tetapi Mereka Bukan Pakar Forex - Penganjur seperti ini akan membuat program HYIP yang mereka anjurkan cepat bankrap dan ditutup.


3. Penganjur HYIP Melaburkan Wang Pelabur Ke Program HYIP lain - Penganjur seperti ini meletakkan risiko wang pelabur bergantung pada prestasi program HYIP lain.

4. Penganjur HYIP Memiliki Pasukan Trading @ Pengurus Pelaburan Forex Yang Pakar - HYIP jenis ini yang biasanya boleh bertahan bertahun-tahun.

Sayangnya, secara online sangatlah sukar dan sulit untuk mengetahui jenis penganjuran program HYIP.

Meskipun demikian, kita masih boleh mendapat keuntungan besar dengan beberapa cara. Kriteria HYIP yang Layak Untuk Diikuti Dari pengalaman, ada beberapa kriteria HYIP yang layak untuk anda laburkan wang anda dan memperoleh keuntungan atau setidaknya tidak rugi banyak kalau melabur.

(bersambung ke Part ke 3)

Apa Itu HYIP? [PART 3 - Kriteria Memilih HYIP]


Apa Itu HYIP? [PART 1 - Pengenalan Kepada HYIP]

Wednesday, December 12, 2012

HYIP atau High Yield Investment Programme atau Program Pelaburan Pulangan Tinggi merupakan program pelaburan yang tumbuh dan berkembang pesat terutama di internet. Perkembangan HYIP di internet sendiri baru dirasakan sekitar tahun 2003 - 2004 dan mulai tahun 2005 telah berkembang pesat dan ada juga orang Malaysia yang menganjurkan program sebegini.

Banyak juga HYIP yang waktu ini dibuat dengan tujuan untuk menipu terutama kepada mereka yang belum faham tentang risiko dan bahayanya pelaburan di HYIP.

HYIP banyak yang menerapkan “Ponzi Scheme” iaitu sistem dimana orang yang menyertai program awal memperolehi profit dari orang yang masuk kemudian, dan apabila sudah tidak ada yang menyertai atau yang menyertainya berkurangan, maka program tersebut akan ditutup (scam). Kebanyakan HYIP menggunakan matawang internet (e-currency/e-money) seperti Liberty Reserve, e-gold, e-wallet, asia-wallet dan lain-lain. Ada juga di antaranya menggunakan e-point, Pindahan Bank atau “Bank-Wire”.

Setelah kejatuhan E-Gold, Liberty Reserve merupakan e-currency yang paling banyak digunakan waktu ini untuk melabur di HYIP. Jenis-jenis HYIP Ada bermacam-macam plan & profit yang ditawarkan oleh HYIP dari sekecil 0.1% sehari sehingga 1000% sehari atau lebih lagi. HYIP yang membayar 5% sehari ke atas kebiasanya adalah skim ponzi, paling lama bertahan 2-3 bulan.

Ada HYIP yang membayar secara harian, mingguan, bulanan dan ada juga yang membayar setiap jam, minit atau saat. HYIP yang bayarannya setiap jam, minit atau saat juga dibuat untuk tujuan menipu yang biasanya ditutup dalam waktu sesingkat 1 - 4 minggu!!. Ada 3 cara pembayaran bonus untuk program HYIP iaitu :

1. Manual - Pembayaran akan hanya dilakukan oleh penganjur (admin) HYIP dalam masa 1 - 48 jam selepas anda “request withdrawal” pembayaran atau profit yang telah matang.

2. Instant - Pembayaran akan terus diterima secara automatik selepas anda “request withdrawal” pembayaran atau profit yang telah matang.

3. Automatik - Pembayaran akan terus diterima secara automatik tanpa perlu anda membuat “request withdrawal” terlebih dahulu.

Ke mana HYIP Melaburkan Wang Kita? Banyak program HYIP yang mengaku mereka melaburkan wang pelabur ke pasaran saham, indeks, opsyen, emas dan forex. Ini mungkin saja benar kalau mereka menawarkan profit yang kecil kepada pelabur (kebiasaannya di bawah 3% sehari). Khusus untuk HYIP yang mengaku mereka melaburkan wang pelabur di forex memang profitnya boleh sahaja lumayan jika untung tapi jika rugi juga lumayan kecuali adminnya sudah berpengalaman di bidang forex.

Jadi jika ada HYIP yang mengaku mereka melaburkan wang pelabur di pasaran saham, indeks, opsyen lalu menawarkan keuntungan di atas 3% sehari, besar kemungkinan itu cuma “Ponzi Scheme”. Banyak juga admin HYIP yang melaburkan wang pelabur di program HYIP lain yang tentunya menawarkan profit yang lebih tinggi, jadi wang pelabur berputar di sekitar situ saja. Hal ini juga dilakukan oleh HYIP tempatan (Malaysia), jadi bila program yang mereka laburkan wang ditutup, maka mereka juga akan terpaksa tutup juga.

Tetapi banyak HYIP yang dibuat dari hari pertama dengan tujuan menipu, jadi wang pelabur tidak dilaburkan ke mana-mana, biasanya yang begini mempunyai target kalau sudah mencapai jumlah tertentu akan ditutup (scam) sendiri. Ada juga yang melaburkan wang pelabur ke sektor sebenar seperti pengeluaran produk, industri perumahan, hartanah dan lain-lain lagi tetapi profit yang akan dijana agak kecil.... (bersambung ke Part 2)

Apa Itu HYIP? [PART 2 - Jenis-Jenis HYIP Yang Ada]

 

Update Jadual - Kursus LR di Taman Air Biru, Pasir Gudang

Monday, November 12, 2012

Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke blog kami. Seperti yang anda sedia maklum, kami bakal menganjurkan kursus menjadikan Liberty Reserve sebagai punca pendapatan anda yang kedua, mungkin sebagai sumber utama.


Maklumat kursus adalah seperti berikut:

KURSUS LIBERTY RESERVE:

Tarikh : 24 November 2012 (Sabtu)
Waktu : 9am - 5pm
Lokasi : No 4A Jalan 10/28, Perjiranan 10, Tmn Air Biru, P.Gudang
Yuran Kursus (Full Day) : RM350 (9am-5pm) 
Yuran Kursus (Preview) : RM50 (9am-10.30am)
Nota : Sila bawa laptop dan broadband masing-masing untuk kemudahan internet.

Topik yang berkaitan:
  • Pengenalan Kepada Liberty Reserve
  • Cara Mendaftar Dan Membuka Akaun Liberty Reserve
  • Jual Beli Dalam Liberty Reserve
  • Buat Duit Dengan Liberty Reserve
  • Join Group LR Malaysia, Singapore dan Indonesia
  • Perkongsian Pengalaman Perniagaan Internet
Untuk Pembayaran, Sila Klik Ke Link Pautan Berikut:
http://kursuslr.blogspot.com/p/pembayaran.html

Ilmu Pelaburan Online Sangat Perlu

Tuesday, November 6, 2012


Ilmu tentang pelaburan online perlu ada dalam diri setiap org yang mempunyai impian untuk mengubah kehidupan. Dalam keghairahan mengejar kekayaan, kita perlu beringat dan berhati-hati sebelum kita bermula. Perpatah melayu "dengar kata org tua-tua" ada betulnya. Sejarah tetap sejarah dan sejarah itu berulang.

Jom! kita selusuri dunia pelaburan online secara berhemah kerana tidak dinafikan pelaburan mendatangkan keuntungan yang luar biasa jika kena dengan caranya. Jangan nafikan pelaburan tiada risiko walaupun dikatakan satu-satu syarikat yang menawarkan pelaburan itu dianggapkan teguh atau tidak mungkin mendatangkan masalah kerana apa sahaja yang 'berlaku' ada risikonya yang tersendiri sama ada tinggi atau rendah.

Dalam memastikan kita dapat mencapai sasaran untuk untung, ilmu adalah perkara utama. Buat kajian terperinci dan pertimbangkan mengikut keadaan. Sejarah lampau adalah asas untuk dijadikan sumber dalam mengira sejauhmana pertimbangan kita terhadap satu-satu syarikat. Jadi pengikut kepada orang yang anda percayai dan meyakinkan dalam urusan pelaburan ini. Ikuti perkembangannya dan ambil perhatian kepada setiap tindakannya yang berkaitan.

Bagaimana memulakan pelaburan online? 

Perkara pertama yang anda perlu ada ialah 'online payment gateway' atau kemudahan pembayaran online seperti bank online atau kad kredit/debit dan e-currency sebagai ejen urusniaga pelaburan anda. Tanpa 2 perkara utama ini anda tidak mungkin boleh menjalankannya sendiri kecuali dengan bantuan orang lain.

Bank online ialah akaun mana-mana bank yang boleh diuruskan secara online (internet) seperti Maybank2u, CIMB, Public Bank, RHB dan sebagainya. Anda perlu mengaktifkan perbankan online untuk mana-mana akaun bank yang akan anda gunakan.

E-currency ialah 'gateway' transaksi yang akan anda gunakan untuk berurusniaga dengan syarikat-syarikat pelaburan online yang mennawarkannya. Antara e-currency yang popular ialah LibertyReserve, PerfectMoney, EgoPay, SolidTrust Pay, Paypal dan sebagainya.

Pada point ini, diandaikan anda telah mempunyai akaun bank online. Apa yang perlu anda lakukan seterusnya ialah memohon secara 'percuma' salah satu e-currency dan dicadangkan Liberty Reserve (LR). Kenapa LR? Kebanyakan syarikat pelaburan menggunakan LR sebagai pilihan utama untuk berurusniaga dengan mereka.




Majalah.com - Menyumbang Trafik Teringgi

Sunday, November 4, 2012

Kami di MalFastGroup ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Majalah.com di atas sokongan anda. Buat masa ini, website MC telah menyumbang trafik yang tinggi kepada blog kami selain Facebook dan CariGold.

Berikut adalah screenshot blog kami:


Jumlah pageview bukan sahaja dari Malaysia, malah terdapat juga dari US, Indonesia dan Brunei. Terima kasih kami ucapkan di atas kesudian anda melayari blog kami.

Kami juga mendapati, pengunjung blog kami rata-rata dari kawasan area Kuala Lumpur dan Selangor seperti Puchong, Kajang, Seri Kembangan.. Insya Allah, jika ingin kami turun ke tempat anda, sudikanlah menghubungi pihak kami..
 



Update Gambar Kursus Liberty Reserve

Berikut merupakan gambar yang sempat kami rakam di kursus Liberty Reserve yang pertama. Peserta yang datang menyertai kami ada dalam 11 orang. Satu permulaan yang memberangsangkan. Kami mendapat maklum balas yang positif. Semasa kami mempromosikan blog dan iklan kami ke web pengiklanan, kami turut mendapat respon dari negeri lain seperti selangor, kelantan, kedah, perlis, melaka, sarawak dan brunei.

Untuk makluman tuan puan, kami akan mengadakan roadshow kursus ini tidak lama lagi. Kami menjangkakan bahawa kursus yang kami anjurkan bakal mendapat sambutan luar biasa dan suatu fenomena baru dalam dunia perniagaan online yang menjadikan Liberty Reserve sebagai suatu platform menjana pendapatan sampingan atau sumber kedua.

Sila "bookmark" blog kami dengan menekan keyboar anda Ctrl + D. Semoga bila anda nak lihat update terkini, anda mudah merujuk ke blog kami. Insya Allah.
\
Gambar-gambar di bawah adalah gambar yang sempat kami rakamkan sempene Kursus Liberty Reserve yang julung-julung kami anjurkan.








Testimoni Bergambar - Kelas Liberty Reserve

Alhamdulillah... Semalam (3/11/2012) telah berlangsungnya kelas Liberty Reserve yang julung kali kami anjurkan. Ucapan syabas dan tahniah kepada peserta yang ambil bahagian. So, di sini, kami sertakan testimoni yang sudi berkongsi pengalaman sepanjang kelas 3 jam bersama kami.

Makluman, memandangkan ini adalah kelas yang pertama kami anjurkan, banyak kelemahan yang kami perhatikan. Justeru, pengalaman demi pengalaman, akan membantu kami memperbaiki kelemahan yang ada. Sokongan yang berterusan juga amat kami hargai...

Testimoni di bawah adalah tulisan tangan dari peserta yang mengambil bahagian.

"Sangat membantu cari peluang jana pendapatan melalui Internet" - Mohd Abu Naim Ahmad Shah dari Bandar Tenggara.

"Penerangan sangat menarik dan jelas untuk membuka akaun LR, cuma perlu lebih detail lagi untuk penerangan PROGRAM BUAT DUIT DENGAN CEPAT." - Noor'aini Binti Jamaluddin.
"Sangat baik bagi yang belum mengenali LR. Program ini HARUS DITERUSKAN." - Hisyam Bin Mohamad.
"Pada mulanya saya ingat kursus ini biasa-biasa sahaja, tetapi setelah menghadirinya, saya banyak dapat info-info yang sangat baik. Seperti mengenali website-website yang tidak mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dan website-website yang boleh kita ikuti. Jadi, saya sarankan kawan-kawan datang dan menghadiri kursus ini." - Mohamed Ali Talib.

Kelas Liberty Reserve Pertama di UTM Space, Skudai

Thursday, November 1, 2012

Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke blog kami. Seperti yang anda sedia maklum, kami bakal menganjurkan kursus menjadikan Liberty Reserve sebagai punca pendapatan anda yang kedua, mungkin sebagai sumber utama.


Maklumat kursus adalah seperti berikut:

KURSUS LIBERTY RESERVE:

Tarikh : 3 November 2012 (Sabtu)
Waktu : 2pm - 5pm
Lokasi : Pusat Inovasi & Teknologi, UTM Skudai (Pusat Usahawan MARA)
Yuran : RM50 sahaja/person
Nota : Sila bawa laptop dan broadband masing-masing untuk kemudahan internet.

Topik yang berkaitan:
  • Pengenalan Kepada Liberty Reserve
  • Cara Mendaftar Dan Membuka Akaun Liberty Reserve
  • Jual Beli Dalam Liberty Reserve
  • Buat Duit Dengan Liberty Reserve
  • Join Group LR Malaysia, Singapore dan Indonesia
  • Perkongsian Pengalaman Perniagaan Internet
Untuk Pembayaran, Boleh dibuat kepada akaun di bawah:

CIMB Bank - 01040080362521 - Syazly Bin Md Akhir

Jumlah bayaran RM50. Jika telah membuat bayaran, sila SMS kan:

NAMA<>JUMLAH BAYARAN<>TARIKH<>MASA 
dan Hantarkan ke:

010 8805442

Maklumat Tambahan: Ini adalah kursus pertama kali kami anjurkan berkaitan Liberty Reserve supaya anda dapat memanfaatkan LR anda sebagai salah satu sumber pendapatan.. Kami masih belum mempunyai testimoni. Insya Allah, kami akan update testimoni dari peserta kelas kami dari masa ke semasa. Sokongan dari anda semua amat kami hargai...

Cara Mendaftar Liberty Reserve - Silakan Share

Sunday, October 28, 2012


Liberty Reserve merupakan salah satu e-currency yang 100% dibackup oleh U.S. dollars (untuk Account LR-USD), atau oleh Emas (untuk Account LR-gold), dll yang digunakan sebagai alat pembayaran atau alat investasi/pelaburan anda. Liberty Reserve ini terintegrasi dengan suatu methode pembayaran dalam bentuk rekening/account yang beroperasi secara online, sehingga orang dapat menggunakan Liberty Reserve sebagai pengganti medium pembayaran online yang dalam bentuk tunai (duit). Liberty Reserve adalah LEGAL dan memudahkan transaksi di internet.

Langkah-langkah pendaftaran account Liberty Reserve :

1. Buka www.libertyreserve.com.

2. Klik Create Account pada menu utama web Liberty Reserve



3. Pendaftaran Bahagian 1 (Registration Part 1).

Account Information :

  • First name : (nama depan)
  • Last name : (nama belakang)
  • Email : (email anda)
  • Re-enter-email : (pengesahan ulang email anda)


 Security Information :

  • Security Question : (pertanyaan keamanan)
  • Answer : (jawaban pertanyaan keamanan)
  • Personal Welcome Message : (pesan pembuka pribadi anda, dapat diisi dengan username atau kata-kata yang anda sukai)


4. Masukkan kode verifikasi.

5. Klik Agree jika anda telah menyetujui segala aturan yang telah ditetapkan oleh Liberty Reserve dalam bertransaksi.

6. Tampil halaman Important, Klik LOGIN untuk mengaktifkan akun anda. Catatan Penting : Jangan lupa untuk di print/dicatat informasi password, pin, master key, dan security questionnya.


7. Cek email anda, untuk melihat nomor rekening Liberty Reserve anda.



8. Login Langkah 1 (Login step 1) :
  • Account Number : (isi no rekening LR yg dikirim ke email anda)
  • Password : (isi password yang telah anda catat)


 9. Masukkan kode verifikasi.

10. Klik Next untuk masuk ketahap selanjutnya.

11. Login langkah 2 (Login step 2) :

  • Pastikan personal welcome message adalah milik anda
  • Tandai √ pada kolom konfirmasi
  • Klik Continue untuk masuk ketahap selanjutnya


 12. Login langkah 3 (Login step 3) :
  • Klik Login Pin
  • Masukkan Pin anda
  • Klik Login untuk masuk ke langkah berikutnya



 13. Pendaftaran bagian 2 (Registration part 2).
  • Isi Contact Information (isi data diri anda) mulai dari : Address,City, Country, State/Region, Zip/Postal Code, Date of Birth, Phone , Mobile Phone,Company Name

14. Proses Pendaftaran rekening Liberty Reserve telah selesai.


 Daftar Liberty Reserve Sekarang KLIK DI SINI



Selamat Datang - MalFast Group

Wednesday, October 17, 2012

Kami di MalFastGroup mengucapkan selamat datang dan sekalung TAHNIAH kepada anda yang telah singgah di blog kami. Kami pasti, kehadiran anda di sini adalah ingin mengubah hidup anda dari biasa-biasa kepada yang luar biasa. Ada juga yang ingin menambah pendapatan melalui perniagaan-perniagaan online yang menggunkan Liberty Reserve sebagai platform buat duit.

Secara umumnya, kami menubuhkan MalFastGroup bagi menjalankan kursus-kursus yang berkaitan Liberty Reserve. STOP!!! Liberty Reserve?? Apa yang dimaksudkan dengan Liberty Reserve?  



Liberty Reserve merupakan salah satu e-currency yang 100% dibackup oleh U.S. dollars (untuk Account LR-USD), atau oleh Emas (untuk Account LR-gold), dll yang digunakan sebagai alat pembayaran atau alat investasi/pelaburan anda. Liberty Reserve ini terintegrasi dengan suatu methode pembayaran dalam bentuk rekening/account yang beroperasi secara online, sehingga orang dapat menggunakan Liberty Reserve sebagai pengganti medium pembayaran online yang dalam bentuk tunai (duit). Liberty Reserve adalah LEGAL dan memudahkan transaksi di internet.

Sila Daftar Liberty Reserve Di Sini:

http://www.libertyreserve.com

Jika anda memerlukan panduan untuk mendaftar di Liberty Reserve, sila rujuk Panduan MendaftarLiberty Reserve Melalui Link Di Bawah:



Buat anda, yang sedang mencari peluang terbaik memanfaatkan Liberty Reserve sebagai investment atau peluang buat duit secara online, kami mengalu-alukan anda mengikuti kursus yang bakal kami anjurkan tidak lama lagi. Yuran yang sangat berpatutan dan support dari pihak kami tanpa membiarkan anda keseorangan.

Salam Ikhlas,
Admin MalFastGroup